Tika terlalu asyik Laila membuat kerjanya, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Sayangnya dia tidak sempat untuk menjawab panggilan tersebut. Laila melihat nama pemanggil yang tidak dijawabnya tadi pada paparan skrin telefon bimbitnya. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat nama tersebut. Laila segera mendail semula nombor tersebut. hanya Allah yang mengetahui degup jantung Laila ketika itu apabila mendengar suara yang begitu dirindui, yang selalu diingati, yang sering menjadi khayalannya. "Assalamualaikum, ye aku ni. Ada apa ye ko telefon aku ni? Aku tengah kerja, pukul 5:30 petang aku balik. Malam ni, boleh aje. Ok, jumpa malam ni, waalaikumsalam."
Laila meneruskan kerjanya seperti biasa tetapi fikirannya terus melayang mengingati perbualan tadi. " Oh mak! Kak Ti ni terkejut Laila tau, nasib tak ada sakit jantung kalau tidak dah selamat jalan dah." Laila telah di sergah oleh rakan sekerjanya Roswati, selepas melihat perubahan tiba-tiba Laila. "Itulah lain kali berangan lagi kan dah kena,hahaha." Laila mengomel sendirian menahan rasa geram di hati. Laila mengemaskan mejanya dan menuju ke pintu keluar. "Dah la kak, malas nak layan kak baik Laila balik lagi bagus. Chau chin ciow."
Laila dengan hati yang tidak keruan berlalu pergi. Sebaik tiba di rumah dia terus mengemaskan diri dan membuat persedian untuk malam ini. Laila memaklumkan kehadiran temannya itu kepada kedua ibu bapanya. "Malam ni Fariz nak datang rumah, dia kata dah lama tak datang jumpa." sambil muka tersenyum. "Owh, ibu pun dah lama tak jumpa dia, dia buat apa sekarang?" tanya ibu Laila. "Macam biasalah dia dengan kerja dia, macam ibu tak tahu." jawab si Laila.
Saat detik dan waktu yang dinantikan oleh Laila telah tiba, jantungnya berdeguk kencang. Selepas mendengar bunyi motor berhenti di hadapan rumahnya serta menjawab salam yang diberi, Laila semakin tidak keruan. Laila keluar dengan perasaan yang berdebar-debar. "Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk aku menatap wajahnya dengan tenang, lancarkan lah tutur bicaraku dengan dia, janganlah engkau nampakkan kekalutan ku ini di hadapannya." doa Laila di dalam hati.
Laila memulakan tutur bicaranya, "lama tak jumpa, apa khabar sekarang?" jauh dari sudut hati Laila sebenarnya ada 1001 kegusaran yg melanda. Walaubagaimanapun, Laila perlu berlagak sebagai pemenang, dia tidak akan menjatuhkan maruahnya untuk mendapatkan cinta lelaki ini.
Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
5 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan