duduk diam senyap tanpa bicara...diam x semestinya kalah... diam lebih bagus dari berbicara... silap tutur bicara terguris hati insan lain... macam mana nie, cakap salah, x cakap pon salah,hahahah..... cakap banyak nanti di kata banyak mulut.. x cakap nanti kata bisu plak,sombong la.. macam2 kan.. memang lumrah kehidupan manusia x pernah puas kalau x mengata.. secara logiknya x bercakap lagi banyak andaian negatif kan dari bercakap..aku nie jenis yg suka bercakap kalau siapa yg kenal ak mmg tau ak macam mana... yg baru nk kenal aku tu jgn la ske2 ati melabel aku k..aku x sakitkan hati orang..jangan risau..insyallah... so salam ukhwah tok semua...
Rabu, Jun 29, 2011
Isnin, Jun 27, 2011
perkenankan doaku...
detik berlalu lagi.. hari berganti hari.. aku masih seperti biasa.. hanya sedikit sahaja berubah.. masih jauh perjalanan yang harus aku lalui.. setiap perjalanan hidup ini pasti ada cabaran.. aku cuba tok gagah menghadapi liku-liku hidup ini.. aku ingin menjadi seperti mereka disekelilingi.. aku juga ingin merasa disayangi, dikasihi, dan dicintai.. aku ingin mencari cinta Allah.. adakah aku masih berpeluang tok mengecapi kebahagian mendapatkan cinta Allah.. aku masih tercari-cari jalan menuju ke jalan-Nya.. ya Allah, engkau bantulah hamba-Mu yg dahagakan kasih.. ya Allah, bantulah hamba-Mu ini.. perkukuhkanlah lagi imanku yg hanya senipis bawang ini.. aku manusia seperti yang lain.. mudah leka dan lalai.. bantulah aku ya Allah.. aku takut akan terus terlalai.. sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu.. tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu.. ya Allah.. kuatkanlah rasa cinta, kasih dan sayang ku pada-Mu ya Allah.. aku memohon pertolongan dari-Mu..
Dicatat oleh siti sara jaafar di Isnin, Jun 27, 2011 2 ulasan
Sabtu, Jun 25, 2011
bantulah hamba-Mu....
Dicatat oleh siti sara jaafar di Sabtu, Jun 25, 2011 0 ulasan
Rabu, Jun 22, 2011
kenapa@@@@@@
duduk sorang2 termenung jauh...
hati mula merasakan, akal mula berfikir...
air mata kian mengalir jatuh...
air mata yang jatuh seperti tiada nilai...
kenapa nak nangis??
kenapa perlu nangis??
pe perasan saat nie sebenarnya??
tiada jawapan yg pasti??
hhhhmmmmmm.....
kenapa harus begini??
kenapa air mata suka mengalir saat ini??
ke mana hilangnya gelak dan tawa??
yg datang hanya lah tangis dan lara...
ke mana lagi harus dicari sinar kegembiraan...
kekuatan yg mampu mengatasi semua perasaan ini...
kekuatan yg mampu membantu dalam setiap onak duri...
yakin dan pasti...
sinaran itu hanya beberapa langkah sahaja dihadapan...
pastikan diri tidak berputus asa dan terus berjuang...
kesakitan yg dirasa pasti akan hilang dan terubat...
Dicatat oleh siti sara jaafar di Rabu, Jun 22, 2011 0 ulasan
Selasa, Jun 21, 2011
kekuatan daripada sokongan
meniti perjalanan hidup yang penuh dengan onak duri,
walaupun payah tapi tetap digagahi,
walau sesukar manapun,
kerana perjalanan hidup harus diteruskan walau apa cabarannya...
perit, getir, pahit, manis, suka, duka....
semuanya adalah rempah ratus dalam kehidupan,
tiada rasa maka kosong la hidup ini,
tiada kenangan dan pengalaman...
kekuatan dari dalam diri adalah kekuatan yg tiada tandingan antara kita,
semangat diri yang cekal juga datang dari dalam diri,
sokongan daripada kalangan kerluarga dan sahabat adalah pemangkin,
akhirnya terlahirlah satu kekuatan yg amat-amat kuat...
hebatkan...sungguh kita terlepas pandang perkara ini...
Dicatat oleh siti sara jaafar di Selasa, Jun 21, 2011 0 ulasan
Ahad, Jun 19, 2011
masih adakah??
pandangan mata semakin kabur..disinari dengan cahaya mentari.. hati sunyi bagai tiada teman berbicara.. sukar tok menyampaikan rasa.. sukar mengenali perasaan hati.. aku memberikan kata2 melalui penulisan.. hanya ini mampu menemani dan memberiku ruang tok ku berbicara.. perasaan susah tok dinyatakan, adakah mereka di luar sana yg masih mampu memahami perasaan hati ini?? masih wujudkah manusia yg mempunyai hati dan perasaan yg memahami orang lain?? sungguh indah jika ada yg sentiasa hadir menjadi pendengar setia, sama berbicara, meluahkan segala rasa, berkongsi segala apa pon bersama.. adakah insan seperti ini tok diri ini?? adakah semua nie hanya angan2 sahaja?? pasti ramai mereka yg lain juga inginkan perkara yg sama kan... hmmm... semua orang inginkan yg terbaik... aku adalah antara daripada berjuta yg inginkannya... tp aku hanya mampu tok berusaha dan berdoa tok mendapatkan yg terbaik.. secara logikalnya, mampukah tok aku mendapat yg terbaik??
Dicatat oleh siti sara jaafar di Ahad, Jun 19, 2011 0 ulasan
Rabu, Jun 15, 2011
hidup...........................
hidup nie mmg rumit kan?? tgk dari pndangan mata kasar semuanyer mcm cool je... mcm xde pe2 pon yg perlu dirisaukan... hakikatnya, setiap org ada pendapat tersendiri dalam menjalani kehidupan harian mereka... kita pulak x boleh la teros membuat kesimpulan denga hanya melihat tetapi tidak mengetahui keadaan seseorang itu... umpama peribahasa melayu " berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul"... kita melihat seperti mereka berada dalam keadaan yg tenang... hakikatnya kita tidak tahu apa yg mereka rasa... jadi kita tidak boleh menilai seseorang itu tanpa kita selami perasaan hati mereka... jangan jadi manusia yg suka mengata dan memburukkan orang lain..sedangkan kita sendiri tidak tahu akan datang kehidupan kita bagaimana... kita juga tidak tahu yg perbuatan itu akan memberikan kesakitan yg amat, kita tidak merasainya... ingatlah bahawa hidup ini umpama roda yg berputar... kita tidak selalunya akan berada di atas dan kita juga xkan sentiasa berada di bawah... Allah itu Maha Adil...
Dicatat oleh siti sara jaafar di Rabu, Jun 15, 2011 0 ulasan
mampukah???
Dicatat oleh siti sara jaafar di Rabu, Jun 15, 2011 0 ulasan