BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, Julai 30, 2011

Biar Pahit Ku Telan Jua

Duduk diam melayani perasaan,
Rasa di hati pelbagai rasa,
Ingin diluah tiada caranya,
Akhirnya dinding menjadi mangsanya..

Berat mata memandang,
Berat lagi bahu memikul,
Menahan setiap sakit seorang diri,
Namum tetap ada yang berjaya menghidu..

Kerelaan menunjukkan keikhlasan diri,
tabah menjalankan semua tanggungjawab,
Tanpa sedar ada yang memerhati,
Sehingga dapat merasai kesakitan yang sama..

Luka di hati tiada siapa yang nampak,
Tangis di hati tidak berbunyi,
Sakit di hati ditahan sahaja,
Lama dibiarkan terseksa jiwa..

Namum begitu rajuknya tidak lama,
Rasa sayang mengubah segala,
Keadaan yang tegang menjadi semakin pulih,
Begitu lembut hati kecil ini..

Jumaat, Julai 29, 2011

mohon kekuatan

Tika terlalu asyik Laila membuat kerjanya, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Sayangnya dia tidak sempat untuk menjawab panggilan tersebut. Laila melihat nama pemanggil yang tidak dijawabnya tadi pada paparan skrin telefon bimbitnya. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat nama tersebut. Laila segera mendail semula nombor tersebut. hanya Allah yang mengetahui degup jantung Laila ketika itu apabila mendengar suara yang begitu dirindui, yang selalu diingati, yang sering menjadi khayalannya. "Assalamualaikum, ye aku ni. Ada apa ye ko telefon aku ni? Aku tengah kerja, pukul 5:30 petang aku balik. Malam ni, boleh aje. Ok, jumpa malam ni, waalaikumsalam."

Laila meneruskan kerjanya seperti biasa tetapi fikirannya terus melayang mengingati perbualan tadi. " Oh mak! Kak Ti ni terkejut Laila tau, nasib tak ada sakit jantung kalau tidak dah selamat jalan dah." Laila telah di sergah oleh rakan sekerjanya Roswati, selepas melihat perubahan tiba-tiba Laila. "Itulah lain kali berangan lagi kan dah kena,hahaha." Laila mengomel sendirian menahan rasa geram di hati. Laila mengemaskan mejanya dan menuju ke pintu keluar. "Dah la kak, malas nak layan kak baik Laila balik lagi bagus. Chau chin ciow."

Laila dengan hati yang tidak keruan berlalu pergi. Sebaik tiba di rumah dia terus mengemaskan diri dan membuat persedian untuk malam ini. Laila memaklumkan kehadiran temannya itu kepada kedua ibu bapanya. "Malam ni Fariz nak datang rumah, dia kata dah lama tak datang jumpa." sambil muka tersenyum. "Owh, ibu pun dah lama tak jumpa dia, dia buat apa sekarang?" tanya ibu Laila. "Macam biasalah dia dengan kerja dia, macam ibu tak tahu." jawab si Laila.

Saat detik dan waktu yang dinantikan oleh Laila telah tiba, jantungnya berdeguk kencang. Selepas mendengar bunyi motor berhenti di hadapan rumahnya serta menjawab salam yang diberi, Laila semakin tidak keruan. Laila keluar dengan perasaan yang berdebar-debar. "Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk aku menatap wajahnya dengan tenang, lancarkan lah tutur bicaraku dengan dia, janganlah engkau nampakkan kekalutan ku ini di hadapannya." doa Laila di dalam hati.

Laila memulakan tutur bicaranya, "lama tak jumpa, apa khabar sekarang?" jauh dari sudut hati Laila sebenarnya ada 1001 kegusaran yg melanda. Walaubagaimanapun, Laila perlu berlagak sebagai pemenang, dia tidak akan menjatuhkan maruahnya untuk mendapatkan cinta lelaki ini.


"Alhamdulilah, macam yang kau tengok. Macam ini la aku. Kau pula pe cerita, kerja tempat baru ok? " Fariz meneruskan perbualan. Laila semakin gelisah dengan setiap pandangan mata lelaki ini, kerana pandangan mata ini sering mencairkan hatinya.

Perbualan demi perbualan, pelbgai topik telah dibincangkan. Dari mulanya bertanyakan khabar berita sehinggalah perancangan akan datang. Detik waktu yang berlalu begitu pantas sehingga mereka juga tidak menyedari malam semakin larut, seperti masih banyak perkara yang ingin dibincangkan bersama. Jam menunjukkan tepat jam 11:30 malam, keadaan tidak mengizinkan Laila dan Fariz untuk terus berkongsi cerita. maka berakhirlah pertemuan mereka pada malam itu. Fariz sempat juga meninggalkan pesan untuk Laila dalam pertemuan ini. "Laila, aku balik dulu ea. Insyallah, lain kali kita jumpa lagi. Doalah moga kita akan jumpa lagi. Ingat pesan aku, kalau ada jodoh tak kan ke mana. Insyallah." Laila hanya mampu tersenyum tika itu.

Usai solat isyak, Laila telah siap untuk tidur. Malangnya dia tidak berjaya untuk melelapkan matanya di sebabkan pertemuannya dengan Fariz tadi. Lama Laila terbaring memikirkan tentang pertemuan mereka tadi. "Kenapa mesti dia nak kena pesan macam tu pada aku. Bukannya aku pernah ada hubungan dengan dia pon,hmm. Ya Allah,mengapa begitu mudah tersentuhnya hatiku hanya dengan kata-kata dari dia aku telah menjadi lemah sebegini rupa. Ya Allah, engkau bantulah aku. Tunjukkanlah padaku." tanpa sedar air mata Laila mengalir membasahi pipi. Laila tidak mengharap menjadi pendamping dirinya, Laila hanya berdoa diberikan petunjukkan dan kekuatan untuk mengharungi hari-hari yang mendatang. laila berjanji pada dirinya untuk terus kuat dan jangan sesekali menjatuhkan maruah dirinya hanya untuk mendapatkan cinta danperhatian lelaki bernama "FARIZ". Air mata terus mengalir, akhirnya Laila terlena dengan lenangan air mata yang membasahi pipi.












Isnin, Julai 25, 2011

akibat cinta dunia - mawaddah

Rabu, Julai 06, 2011

aku sudah bertunang

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah. Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain. Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini. Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian. Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila. "Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?" Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..." "Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat." "Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan." Ibu angguk perlahan. Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah. Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului. "Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?" Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga. "Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama." Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi. "Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!" Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu. "Bila enti menikah?" Aku tiada jawapan khusus. "Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya. "Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah. "Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati. "Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..." Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu... "Usah berlebihan ya..." Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata. "Insyirah, jom makan!" Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman. "Tafaddal, ana puasa." Sahabiah juga semakin galak mengusik. "Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?" "Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi." Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja. ....................................... "innalillahi wainna ilaihi rajiun..." "Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar." "Ya Allah, tenangnya..." "Moga Allah memberkatinya...." Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu. Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri. Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku. Dalam sedar tidak sedar... Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu. "Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..." Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian... "Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?" Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh." "Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan. "Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..." Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'. "Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik." "Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..." Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu. "Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu." ** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.** ~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~ Insyirah Soleh

*ini adalah entry yg 100% aku copy...sungguh mengingatkan aku..hope jd peringatan kpd semua...insyallah..

Selasa, Julai 05, 2011

lama sudah ku menanti... lama sungguh ku inginkan... sering kali berada dalam mimpi... alhamdllah... atas izin Allah, aku dapat juga melaluinya dalam keadaan sedar... perasaan hati susah tok di sampaikan, gembira rasa hati Allah saja yg tahu... ingin aku nyatakan tapi tak terucap, kerana kejadian itu membuatkan aku sering tersenym sendirian, menjadi kekuatan ku setiap pagi... rasa susah, senang, sedih, gembira, sakit, sayang semuanya menjadi 1... hanya itu sahaja yang ku rasai ketika itu... tidur malam terganggu, tp tetap aku gagahi kerana detik, waktu dan peluang sebegini sukar tuk aku miliki... aku perlu menghargai setiap peluang yang aku perolehi walau sesusah mana sekali pun... aku tak mengerti mengapa aku sentiasa kuat bila bersamanya... aku lupa segala masalah yang ku alami... tapi sekuat mana aku ingin tunjukkan air mata aku tetap gugur dihadapannya... baru nk jadi kuat, hahahah... sayangnya detik bahagia itu hanya seketika... walaupun sekejap tetapi amat bermakna bagiku... terima kasih ya Allah kerana engkau telah memberi peluang ini kepada ku... ini akan menjadi kenangan terindah dalam hidup aku... ya Allah... aku bermohon agar aku diberi kesempatan untuk merasai detik ini lagi... aku sentiasa merindui detik dan saat ketika itu... amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...