BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, Jun 20, 2012

Rasa Sayang.....

Pagi yang indah, aku mengucapkan syukur pd Ilahi kerana aku masih berpeluang melihat alam ciptaan-Nya.. adakah aku masih mampu tersenyum tok hari ini.. Hari-hari aku lalui sebagai pelakon yang hebat, senyum sentiasa di bibir tak siapa yg mengerti perasaan sebanar di hati ini.. Tiada siapa yang mengerti erti senyumanku, tawaku, senymanku, yang mereka lihat adalah zahirnya.. Hakikatnya tiada siapa yang merasi keperitan dan kesakitan yang aku lalui.. Alhamdllah, aku berjaya sembunyikan keresahann hati ini daripada mereka yang lain, aku tak mahu mereka hanya bersimpati dengan apa yang aku rasa, aku tak perlukan semua itu..

Setiap orang pasti rasa ingin disayangi, dikasihi, diberi perhatian dan macam2 lagi.. Aku juga tidak terkecuali dengan rasa itu.. Terutamanya perempuan, perasaan itu pasti akan selalu bermain di minda.. Perasaan perempuan begitu lembut sekali.. Dalam masa yang sama, aku sering berdoa agar aku tidak salah menyerahkan perasaan kasih dan sayangku kepada mereka yang belum pasti adalah imamku.. Namun begitu aku tetap bersyukur kerana masih ada insan yang sudi menyanyangiku, aku juga masih ada Allah yang menyanyangiku.. 

Ya Allah, terima kasih kepada-Mu Ya Allah kerana selalu menjagaku, selalu memberikan kekuatan kepada hamba-Mu yang dhaif ini.. terima kasih Ya Allah kerana engkau masih memberi peluang kepadaku untuk mendekati-Mu, untuk terus berada di jalan-Mu.. Ya Allah, engkau tetapkanlah kasih dan sayangku ini hanya pada-Mu  Ya Allah.. Aku bergantung pada petunjuk-Mu Ya Allah, engkau tunjukkanlah aku jalan yang engkau redhai.. Aku bertawakal segalanya kepada-Mu Ya Rabb.... Amin...

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...