BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, Oktober 18, 2014

Bersawang giler dah..try update la..

Lama sudah diri ini tidak menulis...apa yang ada dengan tulisanku ini.. Hidup ini penuh dengan impian dan harapan. Hari-hari ada sahaja harapan dan impian baru yg kt inginkan. Adakah yg lama sudah tercapai??

Selalunya orang akan kata hidup ini perlu ada impian, tapi hakikat dan realitinya sejauh mana kita akan mengejar impian itu? Berapa ramai orang Melayu kita yang setkan impian tp apa yg terjadi dengan impian itu?? Berapa peratus yg mencapai impian dan berapa ramai pula yg impiannya terkubur di tengah jalan?? Adakah diri kita juga bergitu??

Semestinya aku juga akan katakan YA!!! Aku juga manusia yg lemah, sering lupa dan lalai dengan apa yg sepatutnya aku lakukan. Tapi aku akan men apainya. Ada langkah yg ak ambil contoh dengan sentiasa refresh diri.. Korang pernah tak buat buku skrap masa zaman sekolah dulu?? Aku kongsikan apa yg aku buat bila ye. Bila kita nakkan sesuatu mesti kita ada 1 gambaran apa yg kita nak. Contoh kebiasaannya kereta. Korang pergilah mana2 pameran kereta or pergi ke showroom kereta nantikan ada pamplet utk kereta yg korang idam2kan tu. Korang ambik bawak balik korang tenung lama2. Fikirkan macam mana nak dapatkan kereta tu. Pastu buat kira2 agak2 bila nak pakai kereta tu? Adakah dlam masa terdekat atau 2 3 tahun akan dtg?? Korang gunting gambar kereta tu cantik2 tambal atas kertas warna cantik2, buat macam buku skrap zaman sekolah. Pastu ada ruang kosong tu korang tulis la bila korang target nak pakai. Kalau ruang tu besar lagi tulis sekali berapa korang dah start kene simpan tok duit muka kereta n bayaran sebulan berapa. So korang dah boleh mula sekarang. Sama juga dengan impian yg lain, bila korang down je korang tgk balik pe impian korang dlm buku skrap tu.

Senangkan? Tu salah 1 cara yg aku boleh share dengan korang la. Nak lagi detail kene tanya pd yg pakar la. Aku hanya berkongsi apa yg ak tau.


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...