BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, Oktober 18, 2014

Bersawang giler dah..try update la..

Lama sudah diri ini tidak menulis...apa yang ada dengan tulisanku ini.. Hidup ini penuh dengan impian dan harapan. Hari-hari ada sahaja harapan dan impian baru yg kt inginkan. Adakah yg lama sudah tercapai??

Selalunya orang akan kata hidup ini perlu ada impian, tapi hakikat dan realitinya sejauh mana kita akan mengejar impian itu? Berapa ramai orang Melayu kita yang setkan impian tp apa yg terjadi dengan impian itu?? Berapa peratus yg mencapai impian dan berapa ramai pula yg impiannya terkubur di tengah jalan?? Adakah diri kita juga bergitu??

Semestinya aku juga akan katakan YA!!! Aku juga manusia yg lemah, sering lupa dan lalai dengan apa yg sepatutnya aku lakukan. Tapi aku akan men apainya. Ada langkah yg ak ambil contoh dengan sentiasa refresh diri.. Korang pernah tak buat buku skrap masa zaman sekolah dulu?? Aku kongsikan apa yg aku buat bila ye. Bila kita nakkan sesuatu mesti kita ada 1 gambaran apa yg kita nak. Contoh kebiasaannya kereta. Korang pergilah mana2 pameran kereta or pergi ke showroom kereta nantikan ada pamplet utk kereta yg korang idam2kan tu. Korang ambik bawak balik korang tenung lama2. Fikirkan macam mana nak dapatkan kereta tu. Pastu buat kira2 agak2 bila nak pakai kereta tu? Adakah dlam masa terdekat atau 2 3 tahun akan dtg?? Korang gunting gambar kereta tu cantik2 tambal atas kertas warna cantik2, buat macam buku skrap zaman sekolah. Pastu ada ruang kosong tu korang tulis la bila korang target nak pakai. Kalau ruang tu besar lagi tulis sekali berapa korang dah start kene simpan tok duit muka kereta n bayaran sebulan berapa. So korang dah boleh mula sekarang. Sama juga dengan impian yg lain, bila korang down je korang tgk balik pe impian korang dlm buku skrap tu.

Senangkan? Tu salah 1 cara yg aku boleh share dengan korang la. Nak lagi detail kene tanya pd yg pakar la. Aku hanya berkongsi apa yg ak tau.


Rabu, Jun 20, 2012

Rasa Sayang.....

Pagi yang indah, aku mengucapkan syukur pd Ilahi kerana aku masih berpeluang melihat alam ciptaan-Nya.. adakah aku masih mampu tersenyum tok hari ini.. Hari-hari aku lalui sebagai pelakon yang hebat, senyum sentiasa di bibir tak siapa yg mengerti perasaan sebanar di hati ini.. Tiada siapa yang mengerti erti senyumanku, tawaku, senymanku, yang mereka lihat adalah zahirnya.. Hakikatnya tiada siapa yang merasi keperitan dan kesakitan yang aku lalui.. Alhamdllah, aku berjaya sembunyikan keresahann hati ini daripada mereka yang lain, aku tak mahu mereka hanya bersimpati dengan apa yang aku rasa, aku tak perlukan semua itu..

Setiap orang pasti rasa ingin disayangi, dikasihi, diberi perhatian dan macam2 lagi.. Aku juga tidak terkecuali dengan rasa itu.. Terutamanya perempuan, perasaan itu pasti akan selalu bermain di minda.. Perasaan perempuan begitu lembut sekali.. Dalam masa yang sama, aku sering berdoa agar aku tidak salah menyerahkan perasaan kasih dan sayangku kepada mereka yang belum pasti adalah imamku.. Namun begitu aku tetap bersyukur kerana masih ada insan yang sudi menyanyangiku, aku juga masih ada Allah yang menyanyangiku.. 

Ya Allah, terima kasih kepada-Mu Ya Allah kerana selalu menjagaku, selalu memberikan kekuatan kepada hamba-Mu yang dhaif ini.. terima kasih Ya Allah kerana engkau masih memberi peluang kepadaku untuk mendekati-Mu, untuk terus berada di jalan-Mu.. Ya Allah, engkau tetapkanlah kasih dan sayangku ini hanya pada-Mu  Ya Allah.. Aku bergantung pada petunjuk-Mu Ya Allah, engkau tunjukkanlah aku jalan yang engkau redhai.. Aku bertawakal segalanya kepada-Mu Ya Rabb.... Amin...

Isnin, Jun 11, 2012

wahai hati yang rapuh



Wahai hati…
Kenapa kau begitu rapuh,
Kenapa kau tidak mampu tersenyum seperti selalu,
Kenapa kau harus menangis..
Wahai hati…
Ikhlaskanlah hatimu,
Terimalah dengan hati yg terbuka,
Kau pernah berjanji tok tersenyum..
Wahai hati…
Aku yakin dengan kau,
Jangan la kau terus menangis,
Kau mampu menghadapinya..
Wahai hati…
Kembali la seperti dulu,
Kau sentiasa mampu tersenyum,
Kau yang sering ikhlas sentiasa..
Wahai hati…
Kau begitu hebat,
Senyum melapangkan dada,
Senyum menutup kelemahan lalu..
Wahai hati…
Kau mampu melakukannya,
Senyum la seikhlas mungkin,
Kau akan merasinya..
Wahai hati…
Bantulah diriku,
Teruskan tersenyum,
Ikhlaskan segala………………..

Rabu, Mac 28, 2012

Berbahagialah Wahai Anak-Anak Sulung | iluvislam.com discover the beauty of islam


"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"
"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"
" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"
"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."
"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"
"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"
"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".
Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?
Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.

Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.
Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?
Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.
Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??
Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?
Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?
Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?
Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.
Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?
Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?

Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?
Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??
Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!
(tertarik sungguh dgn penulisan Nurulhuda Ghazali Merupakan seorang surirumah sepenuh masa berijazah perakaunan.)

Isnin, Februari 27, 2012

senyumlah wahai hati

melihat video nie, mata tetap mengalir..huuhuhu...lemah sungguh hati aku nie..

Selasa, Januari 31, 2012

agar tidak lupa untuk senyum

hohohohoho.....assalamualaikum semua.. apa khabar semua?? dh lama x buka blog nie.. macam chipsmore kn... hahah... :) kejap ada kejap xda.. sibuk sikit ar keje nie.. pas2 byk plak aktiviti2 luar yg sy buat,huhu.. sampailah de sorang hamba allah nie kt "jenuh dh die bg salam xde org jawab, ingatkan dh pindah..." mcm2 la kan, xkan lah pindah x inform plak.. baru ari nie la sempat nk menjengah, yelah nk kemas la buang sawang2 yg de nie, hihi..

ari nie moodnyer x brape nk baik sgt la, nk nangis rasa je rasa coz sy nie x boleh marah,bila dh start marah org sure mcm nie la rasanya sekarang nie......... (-.-)


           Duduk diam seorang diri, tangan mulai bergerak menyentuh segala. Dalam hati terdetik membicarakan sesuatu, mulut mula menuturkan kata. Dalam kesibukan melayani perasaan seorang diri, ada sahaja tutur bicara yg  mengganggu. Perbualan mulai tegang, hasrat hati tidak ingin menyakitkan hati sesiapa tetapi sering disalah ertikan, kerap kali berlaku. Kadang-kadang manusia nie cepat sangat menilai sesuatu walhal apa yg kita bicarakan dan ditafsirkan org lain x sama, setiap org de pendapat yg berbezakan....... Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan kesabaran yg lebih agar aku sentiasa kuat menghadapi ujian-Mu ini. Hamba-Mu ini hanya insan biasa yg lemah dan selalu lalai, alpa, engkau terangilah setiap perjalananku dengan rahmat-Mu. Permudahkanlah dan perteguhkanlah keimanan-Ku agar aku mampu terus tersenyum.. Amiiinnn.....

Selasa, Disember 27, 2011

salam buat semua...

Lame dh rasenyer ak x update blog nie,huhuhu... kesibukan n ketiadaan mood tok menaip apa2 entry melanda diri,huhu.... maklumlah menjadi ibu sementara di rumah membuatkan ak x sempat nk kemaskan habuk2 yg ada di blog ak nie.. ari nie pon badan trase penat n letih selepas aku buat marathon bercuti bersama family, hihhi.. marathon x tahan kan, hahah..

suasana malam yang mendinginkan,
kedengaran tiupan angin malam,
deruan ombak menemani malam,
kesunyi tetapku rasa..


malam bagai teman setiaku,
menggambarkan kesunyian hatiku,
sahabat yg setia mendengar keluh dan resahku,
menanti sang suria muncul kembali..


kehadiran sang suria dinanti,
menerangi bumi dengan cahaya menghangatkan,
dengan membawa semangat baru,
agar aku tetap tabah menempuhnya..









Selasa, Disember 13, 2011

ku berserah kepada-Mu

.‎~✿..Saat MENGETAHUI dia BUKAN JODOH kita..kalau ternyata bukan, JAUHKAN kami dengan hati-hati, JARAKKAN kami tanpa merasa tersakiti, PISAHKAN dan bantu kami menemukan PENGGANTI..✿~

>>> Jangan minta aku BERJANJI, jangan tuntut aku untuk berjanji..BERDIRI dengan kaki sendiri saja aku masih TERTATIH-TATIH, bagaimana aku MAMPU berjanji untuk membuatmu menjadi lebih BAIK dan lebih BAHAGIA? Aku belum mampu.



Sabtu, Oktober 29, 2011

bila rindu datang bertaut



semakin hari semakin terasa kejauhan, walau belum tiba hari perpisahan, seperti ingin bersama selalu sebelum tiba hari itu.. terasa seperti hari-hari ku sepi, terasa sepi tanpamu, dirimu begitu beerti, membuatku lemah di saat kejauhan.. ku cuba tok jalani hari-hariku seperti biasa, membuat kerja-kerja harianku, seperti tiada apa yang berlaku, namun ku tak bisa menghiburkan hatiku.. setiap senyum dan tawaku terasa hambar, setiap tutur bicara yang terluah adalah tiap detik bersamamu, walau kau tidak ku lihat,fikiranku tetap padamu.. ooh kerinduan, berat rasanya rindu, ingin sahaja ku terbang menyatakan rindu, wahai bintang-bintang, sampaikanlah rinduku pada si dia.. aku berserah segalanya pada Allah, memohon akan kesejahteraanmu, selamatkanlah perjalananmu, lindungilah dirimu di sana.. detik perpisahan hanya seketika, namun ku terasa lama, sukar tok ku luahkan, hanya Allah yg tahu akan kebenaran-Nya...

Lirik Lagu Bila Rindu (ruffedge)

Dikeheningan malam,
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata

Korus:
Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.

Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila terjaga semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua

*ulang Korus

Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula

Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi

*ulang Korus

Sabtu, Oktober 22, 2011

kehilanganmu terasa hampa


sampai matipun engkau tak akan ku lepaskan
akan ku jaga seumur hidupku
beribu puisi yang ku untaikan untukmu
inginku selalu memiliki kamu

jangan pernah kau sakiti aku lagi
cobalah untuk lengkapi hidupku
ku ingin menjaga dirimu
tak akan pernah ku sakiti kamu
" ku mohon temanilah aku
jangan pernah rapuh di sepanjang umurmu
ku mohon temanilah aku
jangan pernah rapuh di sepanjang umurmu"

kehilanganmu sungguh berat bagiku
hampa hidupku terasa tanpa kamu
genggam tanganku dan jangan kau lepaskan
karna ku tak sanggup hidup tanpa kasih sayangmu

Rabu, Oktober 19, 2011

hujan peneman setiaku..

duduk diam memerhati,
tangan pantas menuliskan kata hati,
bibir tersenyum mengimbas memori dulu,
membuat hati teusik kembali..

bicara kata dari hati,
terluahnya melalui penulisan,
segala rasa terluah jua,
agar hati lebih tenang..

mencari kedamaian,
membuat perhitungan dalam diri,
mencari sesuatu agar terhibur,
akhirnya sang hujan membasahi bumi..

melihat titis hujan,
seperti melihat hati yg menangis,
meluahkan segala rasa,
melalui titisan2 air..

kedinginan semakin terasa,
berlalu pergi rasanya tadi,
kelegaan mulai terasa,
membuat bibir terukir senyuman..

titisan ujan peneman setia,
kekuatan berada slam genggaman,
segala kesulitan telah dilepaskan pergi,
bermula semula dengan segenggam tabah.. 

Jumaat, Oktober 14, 2011

ya Allah kpd-mu aku memohon segalanya..kpd-mu juga aku berlindung, berikanlah kekuatan kpd hamba-mu ini..ya Allah, aku hanya insan yg lemah,berkanlah aku kesabaran dan engkau perteguhkan keimanan aku agar aku sentiasa mendekatkan diri dgn-mu..Allah tunjukkanlah jalan tok aku mendapatkan cinta-mu..aku sungguh mendambakan cinta-mu,aku terlalu merindui-mu,berikanlah aku kesempatan mendapatkan cinta-mu..ya Allah,sesungguhnya aku tidak layak mendapatkannya,tp aku memohon agar engkau memberi sedikit ruang tok aku merasai..Allah, engkaulah tempat aku berlindung,tempat aku mengadu segala rasa hati ini,tunjukkanlah aku jalan yg terbaik dan jalan yg engkau redhai..kukuhkan lg rasa kasih dan sayangku kepada-mu ya Allah..amin y rabb......

Khamis, September 29, 2011

terima kasih teman


teman,
sungguh insan saat kita bersama,
mencoretkan seribu kenangan bersama,
membuatkan kita semakin akrab..


teman,
jauhnya kalian menjadikan hatiku terasa rindu,
jauhnya kalian juga menguji kekuatan persahabatan kita,
jauhnya kalian juga mematangkan persahabatan kita..


teman,
hanya kenangan bersama yg ditinggalkan,
kenangan suka duka bersama,
inilah pengubat rindu yg terbaik kepadaku..


teman,
aku bersyukur kerana pernah mengenali kalian,
aku bersyukur dengan persahabatan kita masih berkekalan,
aku juga bersyukur kerana kita bersahabat..


teman,
abadikanlah segala memori suka dan duka kita bersama,
jadikanlah kenangan kita sebagai tanda persahabatan kita yg abadi,
berdoalah agar persahabatan ini akan kekal selamanya..


teman,
terima kasih kerana kalian sudi menjalinkan persahabatan ini,
terima kasih sudi menjadikan aku sebagai sahabatmu,
terima kasih kerana masih mengekalkan persahabatan kita..




Sabtu, September 24, 2011

ketentuan Ilahi adalah yg terbaik

duduk sendirian melayani perasaan,
hati membisikkan sesuatu,
fikiran terus melayang memikirkan perjalanan hidup,
pelbagai onak duri semakin mencabar..


melayari keridupan penuh dengan ranjau,
mencari kekuatan dari sang pencipta,
melepaskan segala rasa yang terpendam,
Tambah kapsyen
memohon diberikan hidayah menuju ke jalan-Nya..


mencari hakiki melalui lusinasi,
mencapai segala impian melalui angan2,
inginkan kejayan membahagiakan semua,
namum hakikatnya kesakitan ditanggung sedirian..


berlari sepantas kilat,
menjejak impian yang semakin menjauh,
termengah di tengah jalan,
melegakan kehausan yang sukar digambarkan..


perjalanan masih diteruskan,
melintasi segala kemelut kehidupan,
melepaskan rasa keluhan di hati,
melahirkan pada yg Esa..


tangan ditadah memohon pertolongan,
segala rasa dihati diluahkan,
bersangka baik sentiasa menjadi kekuatan,
yakin segala ketentuan Ilahi adalah yg terbaik....


AMMIINNN......

Assalamualaikum.....

Pagi Sabtu yg sungguh membosankan,huuhuuhuu... duduk kt ofis sorang2, layan lagu sorang2, makan sorang2, akhirnyer aku mnyanyi sorang2,huhu... kesiankn kt aku.. dengan kuasa vetor yg aku hari nie, aku membuatkan ofis nie seperti company aku sendiri,hahah...suka suki hati aku je nk buat apa, nk makan, nk tido, nk menyanyi, xde org akan marah aku,.. YESSSZZZZ!!!!!!.... yg aku tau hari nie aku nk main tngok movie yg aku dh siap download, main game yg de, pasang lagu kuat2, macam kt rumah, hahahah... semuanyer dh buat, nk balik lambat lg, nk buat apa ek??lastly ak memilih untuk update blog tercinta nie..tp nk tulis pe ek??? aku blurr plak pagi nie...so korang terima je la ea pe yg ada nie..


BICARA BUAT SAHABATKU



sahabatku………
seberat apapun masalahmu
sekelam apapun beban hidupmu
jangan pernah berlari darinya
ataupun bersembunyi
agar kau tak akan bertemu dengannya
atau agar kau bisa menghindar darinya
karena sahabat…..
seberapa jauhpun kau berlari
dan sedalam apapun kau bersembunyi
dia pasti akan menemuimu
dalam sebuah episode kehidupanmu
sahabatku……
alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang
persilahkan ia masuk dalam bersihnya rumah hati
dan mengkilapnya lantai nuranimu
hadapi ia dengan senyum seterang mentari pagi
ajak ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran
ditambah sedikit penganan keteguhan
sahabat…….
dengan begitu
sepulangnya ia dari rumahmu
akan kau dapati
dirimu menjadi sosok yang tegar
dalam semua keadaan
dan kau pun akan mampu dan lebih berani
untuk melewati lagi deraan kehidupan
dan yakinlah sahabat……..
kau pun akan semakin bisa bertahan
kala badai cobaan itu menghantam
kau perlu yakin bahawa aku akan sentiasa bersama...


Ahad, September 18, 2011

luahan yg tersimpan

menghitung hari mencari yang tak pasti,
berlari2 mengejar bayangan,
hati mencari sesuatu ketenangan,
agar terluah segala rasa hati..

mencari hakiki di sebalik duniawi,
menghamparkan kasih seluas lautan,
melihat keindahan damainya rasa,
hati berbisik menuturkan kata..

berjalan dalam kegelapan,
mengekori bayang sendiri,
terduduk sendirian menarik nafas yang panjang,
merungkai perasaan yang terkunci..

bulan dan bintang sering bersama,
menerangi kegelapan malam,
andai kita sering bersama,
setiap rasa pasti dikongsi bersama...

gelak tawa menjadi penyeri,
memberi kekuatan dan semangat,
walau sebaliknya berlaku,
masih berbaki kelak..



Ahad, September 04, 2011

aku tidak mengerti.......................................

mengapa rindu itu datang,
mengapa terus mencari dirimu,
mengapa tiap saat inginku menjauhi kau makin menghampiri,
adakah ini satu petanda..

mengapa begitu ramai yg mendatang tp tetap dirimu,
mengapa aku pahit tetapku telan,
mengapa benci jadi makin sayang,
adakah ini menguatkan rasa hatiku..

berlari aku menjauhkan diri,
mencari ketenangan tok melupakanmu,
nyata semua itu terlalu sukar bagiku,
kerana aku terlalu menyanyangimu..

dari saat berlalu ke minit,
dari hari berganti bulan,
hatiku tetap tertutup rapat,
akhirnye hatiku yg terluka..

ku mencari kekuatan tok terus tersenyum,
tersenyum menunjukkan ku terhebat,
hakikatnyer aku lemah,
tanpa kau ku mampu mengalirkan air mata..

seringku berdoa agar Allah memberikan ku petunjuk,
agar hati ini lebih tenang tiap kali kt bertemu,
kerna aku tidak pernah berangan tok menjadi pendamping kau,
kerna ku sedar akan kedudukan ku dimata kau..

hanya satu ungkapan telah membuatkan aku menjadi bingung,
kau membuatkan aku berada di satu bangunan yg cukup tinggi,
hanya dgn selangkah aku akan jatuh,
membunuh diri dan membuatku tersungkur..

mencari kekuatan dalam setiap ungkapan yg ku ucapkan,
menunjukkan aku bersedia dgn setiap keputusan,
hakikatnya hanya Allah yg tahu,
kekuatan dan kelemahanku..

akhirnya aku mampu berfikiran rasional,
dengan memegang satu ungkapan,
"kalau ada jodoh, adalah..",
dgn kata2 ini aku memuhasabah diri sendiri....

Khamis, Ogos 25, 2011

layankan aje...

guruh kian kedengaran,
tidak lagi kelihatan sang bulan dan bintang,
malam hari menjadi gelap gelita..
titisan hujan mula kedengaran,
akhirnya membasahi bumi ciptaan yg Esa,
ku mensyukuri rahmat yg diberi,
mendamaikan hati dan naluriku..
hujan semakin lebat,
dari jauh hanya memerhatikan setiap titisan,
alangkah seronoknya dapatku menghayati setiap titisan hujan ini,
dengan membasahkan diri dengan titisan air dari langit ini..

ya Allah,
indah sungghuh hujan yg engkau berikan,
melegakan segala kegusaran,
meleraikan segala permasalahan,
membuatkan hatiku tenang..

rindu,teringat,terfikir,terkenang akan dirimu..

membuat hariku gundah semakin tidak mampu ku menangggung,
hadirmu tiap kali ku menginginkan mu,
caramu begitu membuat hatiku terpesona,
bait-bait tiap tutur katamu membuatku terpukau..

dalam hati inginku membiarkan perasaan ini pergi seperti air hujan yg mengalir,
berlalu seperti si angin menolak sang awam berlalu pergi,
namun diriku tidak menginginkannya..

berat tok menyatakan perasaan ini,
sukar lagi tok diri yg memendam rasa,
sakit,perit sungguh rasa hati,
seperti ditusuk sembilu..

betahan dan terus bertahan,
teruskan menjadi pendengar setia,
bersedia tok setiap ssaat yg memerkukan,
berani menerima setiap kemungkinan tok masa akan datang..

insyallah..

Sabtu, Julai 30, 2011

Biar Pahit Ku Telan Jua

Duduk diam melayani perasaan,
Rasa di hati pelbagai rasa,
Ingin diluah tiada caranya,
Akhirnya dinding menjadi mangsanya..

Berat mata memandang,
Berat lagi bahu memikul,
Menahan setiap sakit seorang diri,
Namum tetap ada yang berjaya menghidu..

Kerelaan menunjukkan keikhlasan diri,
tabah menjalankan semua tanggungjawab,
Tanpa sedar ada yang memerhati,
Sehingga dapat merasai kesakitan yang sama..

Luka di hati tiada siapa yang nampak,
Tangis di hati tidak berbunyi,
Sakit di hati ditahan sahaja,
Lama dibiarkan terseksa jiwa..

Namum begitu rajuknya tidak lama,
Rasa sayang mengubah segala,
Keadaan yang tegang menjadi semakin pulih,
Begitu lembut hati kecil ini..

Jumaat, Julai 29, 2011

mohon kekuatan

Tika terlalu asyik Laila membuat kerjanya, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Sayangnya dia tidak sempat untuk menjawab panggilan tersebut. Laila melihat nama pemanggil yang tidak dijawabnya tadi pada paparan skrin telefon bimbitnya. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat nama tersebut. Laila segera mendail semula nombor tersebut. hanya Allah yang mengetahui degup jantung Laila ketika itu apabila mendengar suara yang begitu dirindui, yang selalu diingati, yang sering menjadi khayalannya. "Assalamualaikum, ye aku ni. Ada apa ye ko telefon aku ni? Aku tengah kerja, pukul 5:30 petang aku balik. Malam ni, boleh aje. Ok, jumpa malam ni, waalaikumsalam."

Laila meneruskan kerjanya seperti biasa tetapi fikirannya terus melayang mengingati perbualan tadi. " Oh mak! Kak Ti ni terkejut Laila tau, nasib tak ada sakit jantung kalau tidak dah selamat jalan dah." Laila telah di sergah oleh rakan sekerjanya Roswati, selepas melihat perubahan tiba-tiba Laila. "Itulah lain kali berangan lagi kan dah kena,hahaha." Laila mengomel sendirian menahan rasa geram di hati. Laila mengemaskan mejanya dan menuju ke pintu keluar. "Dah la kak, malas nak layan kak baik Laila balik lagi bagus. Chau chin ciow."

Laila dengan hati yang tidak keruan berlalu pergi. Sebaik tiba di rumah dia terus mengemaskan diri dan membuat persedian untuk malam ini. Laila memaklumkan kehadiran temannya itu kepada kedua ibu bapanya. "Malam ni Fariz nak datang rumah, dia kata dah lama tak datang jumpa." sambil muka tersenyum. "Owh, ibu pun dah lama tak jumpa dia, dia buat apa sekarang?" tanya ibu Laila. "Macam biasalah dia dengan kerja dia, macam ibu tak tahu." jawab si Laila.

Saat detik dan waktu yang dinantikan oleh Laila telah tiba, jantungnya berdeguk kencang. Selepas mendengar bunyi motor berhenti di hadapan rumahnya serta menjawab salam yang diberi, Laila semakin tidak keruan. Laila keluar dengan perasaan yang berdebar-debar. "Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk aku menatap wajahnya dengan tenang, lancarkan lah tutur bicaraku dengan dia, janganlah engkau nampakkan kekalutan ku ini di hadapannya." doa Laila di dalam hati.

Laila memulakan tutur bicaranya, "lama tak jumpa, apa khabar sekarang?" jauh dari sudut hati Laila sebenarnya ada 1001 kegusaran yg melanda. Walaubagaimanapun, Laila perlu berlagak sebagai pemenang, dia tidak akan menjatuhkan maruahnya untuk mendapatkan cinta lelaki ini.


"Alhamdulilah, macam yang kau tengok. Macam ini la aku. Kau pula pe cerita, kerja tempat baru ok? " Fariz meneruskan perbualan. Laila semakin gelisah dengan setiap pandangan mata lelaki ini, kerana pandangan mata ini sering mencairkan hatinya.

Perbualan demi perbualan, pelbgai topik telah dibincangkan. Dari mulanya bertanyakan khabar berita sehinggalah perancangan akan datang. Detik waktu yang berlalu begitu pantas sehingga mereka juga tidak menyedari malam semakin larut, seperti masih banyak perkara yang ingin dibincangkan bersama. Jam menunjukkan tepat jam 11:30 malam, keadaan tidak mengizinkan Laila dan Fariz untuk terus berkongsi cerita. maka berakhirlah pertemuan mereka pada malam itu. Fariz sempat juga meninggalkan pesan untuk Laila dalam pertemuan ini. "Laila, aku balik dulu ea. Insyallah, lain kali kita jumpa lagi. Doalah moga kita akan jumpa lagi. Ingat pesan aku, kalau ada jodoh tak kan ke mana. Insyallah." Laila hanya mampu tersenyum tika itu.

Usai solat isyak, Laila telah siap untuk tidur. Malangnya dia tidak berjaya untuk melelapkan matanya di sebabkan pertemuannya dengan Fariz tadi. Lama Laila terbaring memikirkan tentang pertemuan mereka tadi. "Kenapa mesti dia nak kena pesan macam tu pada aku. Bukannya aku pernah ada hubungan dengan dia pon,hmm. Ya Allah,mengapa begitu mudah tersentuhnya hatiku hanya dengan kata-kata dari dia aku telah menjadi lemah sebegini rupa. Ya Allah, engkau bantulah aku. Tunjukkanlah padaku." tanpa sedar air mata Laila mengalir membasahi pipi. Laila tidak mengharap menjadi pendamping dirinya, Laila hanya berdoa diberikan petunjukkan dan kekuatan untuk mengharungi hari-hari yang mendatang. laila berjanji pada dirinya untuk terus kuat dan jangan sesekali menjatuhkan maruah dirinya hanya untuk mendapatkan cinta danperhatian lelaki bernama "FARIZ". Air mata terus mengalir, akhirnya Laila terlena dengan lenangan air mata yang membasahi pipi.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...