BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, Julai 30, 2011

Biar Pahit Ku Telan Jua

Duduk diam melayani perasaan,
Rasa di hati pelbagai rasa,
Ingin diluah tiada caranya,
Akhirnya dinding menjadi mangsanya..

Berat mata memandang,
Berat lagi bahu memikul,
Menahan setiap sakit seorang diri,
Namum tetap ada yang berjaya menghidu..

Kerelaan menunjukkan keikhlasan diri,
tabah menjalankan semua tanggungjawab,
Tanpa sedar ada yang memerhati,
Sehingga dapat merasai kesakitan yang sama..

Luka di hati tiada siapa yang nampak,
Tangis di hati tidak berbunyi,
Sakit di hati ditahan sahaja,
Lama dibiarkan terseksa jiwa..

Namum begitu rajuknya tidak lama,
Rasa sayang mengubah segala,
Keadaan yang tegang menjadi semakin pulih,
Begitu lembut hati kecil ini..

Jumaat, Julai 29, 2011

mohon kekuatan

Tika terlalu asyik Laila membuat kerjanya, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Sayangnya dia tidak sempat untuk menjawab panggilan tersebut. Laila melihat nama pemanggil yang tidak dijawabnya tadi pada paparan skrin telefon bimbitnya. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat nama tersebut. Laila segera mendail semula nombor tersebut. hanya Allah yang mengetahui degup jantung Laila ketika itu apabila mendengar suara yang begitu dirindui, yang selalu diingati, yang sering menjadi khayalannya. "Assalamualaikum, ye aku ni. Ada apa ye ko telefon aku ni? Aku tengah kerja, pukul 5:30 petang aku balik. Malam ni, boleh aje. Ok, jumpa malam ni, waalaikumsalam."

Laila meneruskan kerjanya seperti biasa tetapi fikirannya terus melayang mengingati perbualan tadi. " Oh mak! Kak Ti ni terkejut Laila tau, nasib tak ada sakit jantung kalau tidak dah selamat jalan dah." Laila telah di sergah oleh rakan sekerjanya Roswati, selepas melihat perubahan tiba-tiba Laila. "Itulah lain kali berangan lagi kan dah kena,hahaha." Laila mengomel sendirian menahan rasa geram di hati. Laila mengemaskan mejanya dan menuju ke pintu keluar. "Dah la kak, malas nak layan kak baik Laila balik lagi bagus. Chau chin ciow."

Laila dengan hati yang tidak keruan berlalu pergi. Sebaik tiba di rumah dia terus mengemaskan diri dan membuat persedian untuk malam ini. Laila memaklumkan kehadiran temannya itu kepada kedua ibu bapanya. "Malam ni Fariz nak datang rumah, dia kata dah lama tak datang jumpa." sambil muka tersenyum. "Owh, ibu pun dah lama tak jumpa dia, dia buat apa sekarang?" tanya ibu Laila. "Macam biasalah dia dengan kerja dia, macam ibu tak tahu." jawab si Laila.

Saat detik dan waktu yang dinantikan oleh Laila telah tiba, jantungnya berdeguk kencang. Selepas mendengar bunyi motor berhenti di hadapan rumahnya serta menjawab salam yang diberi, Laila semakin tidak keruan. Laila keluar dengan perasaan yang berdebar-debar. "Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk aku menatap wajahnya dengan tenang, lancarkan lah tutur bicaraku dengan dia, janganlah engkau nampakkan kekalutan ku ini di hadapannya." doa Laila di dalam hati.

Laila memulakan tutur bicaranya, "lama tak jumpa, apa khabar sekarang?" jauh dari sudut hati Laila sebenarnya ada 1001 kegusaran yg melanda. Walaubagaimanapun, Laila perlu berlagak sebagai pemenang, dia tidak akan menjatuhkan maruahnya untuk mendapatkan cinta lelaki ini.


"Alhamdulilah, macam yang kau tengok. Macam ini la aku. Kau pula pe cerita, kerja tempat baru ok? " Fariz meneruskan perbualan. Laila semakin gelisah dengan setiap pandangan mata lelaki ini, kerana pandangan mata ini sering mencairkan hatinya.

Perbualan demi perbualan, pelbgai topik telah dibincangkan. Dari mulanya bertanyakan khabar berita sehinggalah perancangan akan datang. Detik waktu yang berlalu begitu pantas sehingga mereka juga tidak menyedari malam semakin larut, seperti masih banyak perkara yang ingin dibincangkan bersama. Jam menunjukkan tepat jam 11:30 malam, keadaan tidak mengizinkan Laila dan Fariz untuk terus berkongsi cerita. maka berakhirlah pertemuan mereka pada malam itu. Fariz sempat juga meninggalkan pesan untuk Laila dalam pertemuan ini. "Laila, aku balik dulu ea. Insyallah, lain kali kita jumpa lagi. Doalah moga kita akan jumpa lagi. Ingat pesan aku, kalau ada jodoh tak kan ke mana. Insyallah." Laila hanya mampu tersenyum tika itu.

Usai solat isyak, Laila telah siap untuk tidur. Malangnya dia tidak berjaya untuk melelapkan matanya di sebabkan pertemuannya dengan Fariz tadi. Lama Laila terbaring memikirkan tentang pertemuan mereka tadi. "Kenapa mesti dia nak kena pesan macam tu pada aku. Bukannya aku pernah ada hubungan dengan dia pon,hmm. Ya Allah,mengapa begitu mudah tersentuhnya hatiku hanya dengan kata-kata dari dia aku telah menjadi lemah sebegini rupa. Ya Allah, engkau bantulah aku. Tunjukkanlah padaku." tanpa sedar air mata Laila mengalir membasahi pipi. Laila tidak mengharap menjadi pendamping dirinya, Laila hanya berdoa diberikan petunjukkan dan kekuatan untuk mengharungi hari-hari yang mendatang. laila berjanji pada dirinya untuk terus kuat dan jangan sesekali menjatuhkan maruah dirinya hanya untuk mendapatkan cinta danperhatian lelaki bernama "FARIZ". Air mata terus mengalir, akhirnya Laila terlena dengan lenangan air mata yang membasahi pipi.












Isnin, Julai 25, 2011

akibat cinta dunia - mawaddah

Rabu, Julai 06, 2011

aku sudah bertunang

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah. Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain. Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini. Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian. Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila. "Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?" Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..." "Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat." "Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan." Ibu angguk perlahan. Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah. Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului. "Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?" Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga. "Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama." Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi. "Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!" Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu. "Bila enti menikah?" Aku tiada jawapan khusus. "Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya. "Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah. "Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati. "Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..." Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu... "Usah berlebihan ya..." Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata. "Insyirah, jom makan!" Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman. "Tafaddal, ana puasa." Sahabiah juga semakin galak mengusik. "Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?" "Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi." Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja. ....................................... "innalillahi wainna ilaihi rajiun..." "Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar." "Ya Allah, tenangnya..." "Moga Allah memberkatinya...." Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu. Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri. Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku. Dalam sedar tidak sedar... Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu. "Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..." Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian... "Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?" Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh." "Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan. "Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..." Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'. "Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik." "Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..." Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu. "Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu." ** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.** ~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~ Insyirah Soleh

*ini adalah entry yg 100% aku copy...sungguh mengingatkan aku..hope jd peringatan kpd semua...insyallah..

Selasa, Julai 05, 2011

lama sudah ku menanti... lama sungguh ku inginkan... sering kali berada dalam mimpi... alhamdllah... atas izin Allah, aku dapat juga melaluinya dalam keadaan sedar... perasaan hati susah tok di sampaikan, gembira rasa hati Allah saja yg tahu... ingin aku nyatakan tapi tak terucap, kerana kejadian itu membuatkan aku sering tersenym sendirian, menjadi kekuatan ku setiap pagi... rasa susah, senang, sedih, gembira, sakit, sayang semuanya menjadi 1... hanya itu sahaja yang ku rasai ketika itu... tidur malam terganggu, tp tetap aku gagahi kerana detik, waktu dan peluang sebegini sukar tuk aku miliki... aku perlu menghargai setiap peluang yang aku perolehi walau sesusah mana sekali pun... aku tak mengerti mengapa aku sentiasa kuat bila bersamanya... aku lupa segala masalah yang ku alami... tapi sekuat mana aku ingin tunjukkan air mata aku tetap gugur dihadapannya... baru nk jadi kuat, hahahah... sayangnya detik bahagia itu hanya seketika... walaupun sekejap tetapi amat bermakna bagiku... terima kasih ya Allah kerana engkau telah memberi peluang ini kepada ku... ini akan menjadi kenangan terindah dalam hidup aku... ya Allah... aku bermohon agar aku diberi kesempatan untuk merasai detik ini lagi... aku sentiasa merindui detik dan saat ketika itu... amin...

Rabu, Jun 29, 2011

huhuhuu......

duduk diam senyap tanpa bicara...diam x semestinya kalah... diam lebih bagus dari berbicara... silap tutur bicara terguris hati insan lain... macam mana nie, cakap salah, x cakap pon salah,hahahah..... cakap banyak nanti di kata banyak mulut.. x cakap nanti kata bisu plak,sombong la.. macam2 kan.. memang lumrah kehidupan manusia x pernah puas kalau x mengata.. secara logiknya x bercakap lagi banyak andaian negatif kan dari bercakap..aku nie jenis yg suka bercakap kalau siapa yg kenal ak mmg tau ak macam mana... yg baru nk kenal aku tu jgn la ske2 ati melabel aku k..aku x sakitkan hati orang..jangan risau..insyallah... so salam ukhwah tok semua...

Isnin, Jun 27, 2011

perkenankan doaku...

detik berlalu lagi.. hari berganti hari.. aku masih seperti biasa.. hanya sedikit sahaja berubah.. masih jauh perjalanan yang harus aku lalui.. setiap perjalanan hidup ini pasti ada cabaran.. aku cuba tok gagah menghadapi liku-liku hidup ini.. aku ingin menjadi seperti mereka disekelilingi.. aku juga ingin merasa disayangi, dikasihi, dan dicintai.. aku ingin mencari cinta Allah.. adakah aku masih berpeluang tok mengecapi kebahagian mendapatkan cinta Allah.. aku masih tercari-cari jalan menuju ke jalan-Nya.. ya Allah, engkau bantulah hamba-Mu yg dahagakan kasih.. ya Allah, bantulah hamba-Mu ini.. perkukuhkanlah lagi imanku yg hanya senipis bawang ini.. aku manusia seperti yang lain.. mudah leka dan lalai.. bantulah aku ya Allah.. aku takut akan terus terlalai.. sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu.. tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu.. ya Allah.. kuatkanlah rasa cinta, kasih dan sayang ku pada-Mu ya Allah.. aku memohon pertolongan dari-Mu.. 

Sabtu, Jun 25, 2011

bantulah hamba-Mu....

hidup ini ibarat roda yg sentiasa berputar... kedudukan kita tiada yg pasti.. apa yg kita ada semuanya sementara.. semua tu hanya pinjaman Allah kepada kita... semuanya hanya untuk memberikan kita rasa nikmat hidup di dunia... tp hakikatnya ramai manusia yg leka dan alpa dengan segala kenikmatan yg Allah berikan ini.. akhirnya mereka lalai untuk menjalankan tanggungjawab sebagai umah Islam di dunia ini... sedangkan diri sendiri tahu asal usul dan agamanya sendiri... benarlah "melayu mudah lupa".................. sedikit kenikmatan sahaja boleh membuatkan sesetengah orang itu menjadi sombong, ego, lupa asal usul, suka mencaci, suka memandang rendah terhadap orang lain... mereka lebih memandang harta benda dan kekayaan di dunia sahaja... sedangkan bekalan untuk ke akhirat mereka terlupa.. mereka alpa... mereka sibuk menghantar anak-anak ke sekolah yg terbaik, kelas tambahan yg terkenal agar anak-anak mendapat pendidikan terbaik... yuran perbelanjaan habis beribu pun tidak mengapa yg penting anak-anak mendapat pelajaran terbaik... insyallah... tapi sayang nya apabila anak-anak ini tidak dibekalkan dengan didikan agama... mereka hanya diberikan ilmu dunia sahaja... sedangkan ilmu agama juga perlu diseimbangkan... inilah yg sering ibu bapa terlepas pandang.. bila minta duit untuk bayaran kelas tambahan tiada masalah... berapa sahaja tidak menjadi masalah... tetapi apabila minta bayaran untuk kelas mengaji dan kelas fardhu ain... ada sahaja alasan...terlalu berkira... kita renung-renungkanlah bersama..... nauzubillahminzalik... jauhkan lah perkara ini daripada kehidupan aku ya allah.. sejahat-jahatnya perlakuan dan peribadi ini, moga tidak sehingga aku merosakkan generasi dan zuriatku nanti... ya Allah..aku insan yg lemah dan hina ini memohon perlindungan dari-Mu ya Allah... (tulisan ini hanyalah sekadar mengingatkan diri ini kembali...)insyallah...

Rabu, Jun 22, 2011

kenapa@@@@@@

duduk sorang2 termenung jauh...
hati mula merasakan, akal mula berfikir...
air mata kian mengalir jatuh...
air mata yang jatuh seperti tiada nilai...
kenapa nak nangis??
kenapa perlu nangis??
pe perasan saat nie sebenarnya??
tiada jawapan yg pasti??
hhhhmmmmmm.....
kenapa harus begini??
kenapa air mata suka mengalir saat ini??
ke mana hilangnya gelak dan tawa??
yg datang hanya lah tangis dan lara...
ke mana lagi harus dicari sinar kegembiraan...
kekuatan yg mampu mengatasi semua perasaan ini...
kekuatan yg mampu membantu dalam setiap onak duri...
yakin dan pasti...
sinaran itu hanya beberapa langkah sahaja dihadapan...
pastikan diri tidak berputus asa dan terus berjuang...
kesakitan yg dirasa pasti akan hilang dan terubat...

Selasa, Jun 21, 2011

kekuatan daripada sokongan

meniti perjalanan hidup yang penuh dengan onak duri,
walaupun payah tapi tetap digagahi,
walau sesukar manapun,
kerana perjalanan hidup harus diteruskan walau apa cabarannya...
perit, getir, pahit, manis, suka, duka....
semuanya adalah rempah ratus dalam kehidupan,
tiada rasa maka kosong la hidup ini,
tiada kenangan dan pengalaman...
kekuatan dari dalam diri adalah kekuatan yg tiada tandingan antara kita,
semangat diri yang cekal juga datang dari dalam diri,
sokongan daripada kalangan kerluarga dan sahabat adalah pemangkin,
akhirnya terlahirlah satu kekuatan yg amat-amat kuat...
hebatkan...sungguh kita terlepas pandang perkara ini...

Ahad, Jun 19, 2011

masih adakah??

pandangan mata semakin kabur..disinari dengan cahaya mentari.. hati sunyi bagai tiada teman berbicara.. sukar tok menyampaikan rasa.. sukar mengenali perasaan hati.. aku memberikan kata2 melalui penulisan.. hanya ini mampu menemani dan memberiku ruang tok ku berbicara.. perasaan susah tok dinyatakan, adakah mereka di luar sana yg masih mampu memahami perasaan hati ini?? masih wujudkah manusia yg mempunyai hati dan perasaan yg memahami orang lain?? sungguh indah jika ada yg sentiasa hadir menjadi pendengar setia, sama berbicara, meluahkan segala rasa, berkongsi segala apa pon bersama.. adakah insan seperti ini tok diri ini?? adakah semua nie hanya angan2 sahaja?? pasti ramai mereka yg lain juga inginkan perkara yg sama kan... hmmm... semua orang inginkan yg terbaik... aku adalah antara daripada berjuta yg inginkannya... tp aku hanya mampu tok berusaha  dan berdoa tok mendapatkan yg terbaik.. secara logikalnya, mampukah tok aku mendapat yg terbaik?? 

Rabu, Jun 15, 2011

hidup...........................

hidup nie mmg rumit kan?? tgk dari pndangan mata kasar semuanyer mcm cool je... mcm xde pe2 pon yg perlu dirisaukan... hakikatnya, setiap org ada pendapat tersendiri dalam menjalani kehidupan harian mereka... kita pulak x boleh la teros membuat kesimpulan denga hanya melihat tetapi tidak mengetahui keadaan seseorang itu... umpama peribahasa melayu " berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul"... kita melihat seperti mereka berada dalam keadaan yg tenang... hakikatnya kita tidak tahu apa yg mereka rasa... jadi kita tidak boleh menilai seseorang itu tanpa kita selami perasaan hati mereka... jangan jadi manusia yg suka mengata dan memburukkan orang lain..sedangkan kita sendiri tidak tahu akan datang kehidupan kita bagaimana... kita juga tidak tahu yg perbuatan itu akan memberikan kesakitan yg amat, kita tidak merasainya... ingatlah bahawa hidup ini umpama roda yg berputar... kita tidak selalunya akan berada di atas dan kita juga xkan sentiasa berada di bawah... Allah itu Maha Adil... 

mampukah???

duduknya aku bersendirian membiarkan kedinginan malam menyapaku... dalam hatiku terdetik pelbagai persoalan... perlukah aku merasai perasaan ini tika ini??? sungguh ku tak ingin lagi kerana semua ini akan menyakitkan hatiku sendiri... perlukah air mata ini mengalir tika ini??? seharusnya tidak, setelah sekian lama kau membiarkan ia mengalir... kuatkah diri ini??? yang lepas biarkan berlalu pergi... jadikan kejadian semalam itu sebagai pengalaman... tiada guru terbaik selain pengalaman yg dapat membantu kita tok menjadi lebih matang... jangan kita jadikan kejadian semalam sebagai 1 musibah... tetapi jadikan ia sebagai pemangkin untuk kita terus maju dan terus berusah tok ke arah yg lebih baik... air mata yang mengalir sentiasa menjadi teman disisi... tiap saat bersama walau di mana berada... air mata juga mampu menjadikan kekuatan kerana dengan mengalirnya air mataku seperti memberikan aku kekuatan baru tok terus maju dan menuju ke arah yg lebih baik... walau apa sekali pun yg berlaku... aku tidak boleh mengalah..aku perlu lebih kuat...

Isnin, Mei 23, 2011

bisikan!!!

detik malam tiba...ati sentiasa berbisik...membisik kan kata2 yg ak sendiri tidak menngerti...sukar untuk difahami...ingin sekali ku rungkaikan...tapi ak tak mampu...hanya allah lebih mengetahui...ak hanya mampu berdoa mohon yg terbaik...diri ini tetap menyatakan keinginan tok mengetahui, namun semuanya habya kata2 dri dasar hati...memohon pd yg esa diberikan kekuatan dan yg terbaik tok diri ini...aku hanya insan hina, insan lemah yg semtiasa memerlukan pertolongan dri-Mu ya Allah....

Sabtu, Mei 07, 2011

kehadiran seorang yg bernama sahabat...

dalam gelap hati ini, tiada sinaran cahaya yg menginari, tanpa teman berbicara, tanpa nada dan irama, hatiku terasa kosong sekali, gelisah ak memikirkan perjalanan hidupku, tiada tempat untuk ku mengadu, aku tiada abang, kakak, adk yg sama matang... diri ini memerlukan seseorang yang boleh berkongsi segala rasa, sakit, perit, tangis, tawa, resah, gelisah... adakah insan yang sanggup berkongsi segala rasa ini denganku??? SAHABAT... itulah yang ku cari selama ini... masihkah wujudnya insan yang seperti ini??? dalam pencarian ini, aku telah mengenali seorang kenalan, di mana die merupakan seorang kakak yg begitu penyayang... tanpa sedar, dari hari hari ke hari, hubungan kami semakin rapat... die bukan sahaja menjadi seorang sahabatku, die juga telah menjadi kakak kepada  aku... selama ini aku inginkan seorang sahabat yang boleh memahami diriku, dengan kuasa Allah aku telah diberikan seorang kakak yang penyayang, penyabar... die begitu baik kepada aku, die sentiasa menyayangiku, sentiasa menjagaku... setiap apa yang ku rasa pasti ingin dirasa bersama, begitu juga dgn diriku, tapi die sering melakukan sebaliknya kerana bagi dirinya biar aku mersa kegembiraannya saja,bukan tangisnya.... aku begitu menyayangi dirinya... semua rasa sering dikongsi bersamaa... dirinya sering menjadi kekuatan kepadaku... die juga banyak mengajarku, banyak menasihatiku... Ya Allah.... aku bersyukur kerana engkau telah pertemukan aku dengan insan ini... insan yang begitu istimewa... engkau lindungilah insan ini seperti mana engkau sering melindungi ibu bapaku... 

"kak, terima kasih tok segala yang kak dh buat tok adk selama nie, terima kasih juga tok kasih sayang yg kak berikan, terima kasih juga setiap doa kak tok adk.. terima kasih juga tok segala nasihat yg kak berikan, terima kasih gak tok segala keprihatinan yg kak berikan... adk sayang sangt pada kak... mungkin adk bukan yg terbaik... tp adk bertuah mempunyai kakak seperti kak... jaga diri kak baik-baik... sayangi diri kak..."

menjangkaui usia tua....

saat malam yg ku nanti tiba jua..tibanya hari kelahiranku..semakin dewasa rupanya aku nie..tapi adakah benar ak telah dewasa??dewasakah pemikiranku??dewasakah perwatakanku??dewasakah diri ini??ahhh....penat....terlalu penat tok ak fikirkan...telah lamaku fikirkan semua ini....ya Allah cubaan-Mu begitu berat bagiku...telah lamaku memikirkan jawapan disebalik setiap soalanku ini...siapa yg mampu tok berikan ak jawapannye??siapa yg dapat memahami setiap apa yg aku rasa ini...setiap insan inginkan kejayaan...begitu juga dengan ku...tapi.....hhhhiisssyyy...orang sekeliling melihat dan mengata..mereka tiada ditempatku...mereka tidak merasakan apa yg ku rasakan..."berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul".aku hanya dapat melakukan yg terbaik tok keluarga dan diri aku..ak xseperti mereka yg lain..yg mendapat jalan yg lebih mudah..namun ak tetap bahagia bersama keluargaku...alhamdllah..walaupun keadaanku begini..aku masih mampu tok mengecapi kebahagian bersama keluargaku...ibu ayah..terima kasih kerana membesarkan akk selama nie dengan penuh kassih sayang...walaupun akk xdapaat memberikan kejayaan yg besar pd ibu n ayah..tp akk xpernah doakan ibu n ayah...doakanlah anak mu ini agar aku mampu  tok memberikan kejayaan yg besar tok kalian...

menunggu-zivilia


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…


Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan


#walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
pada ketulusan a a ai aishiteru


saatku sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
lupakan  segala obsesi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali


kinita touku kitemo
kiminoi shuaga sinagaru tala
shineteruyo(2x)

ualang #

Ahad, Mei 01, 2011

sahabat..

dalam sunyi dan suram malam,
hatiku terketuk untuk membuat catatan penulisan ini,
namum di akalku kosong,
tiada apa yang terhasil..
Allah maha  Mengetahui.
Allah lebih tahu mengapa,
aku tetap memikirkan sesuatu,
akhirnya akalku terfikirkan sesuatu...
aku teringat akan kisah seorang teman,
seorang yg cukup kuat,
seorang yg tabah menghadapi semua ujian dri Allah,
dialah seseorang yg ku gelar sahabat..
aku menyanyangi insan ini,
insan yg tidak pernah kenal erti jemu & penat tok menasihatiku,
sering memikirkan keadaanku,
hakikatnya diri sendiri diabaikan..
dia sering mengalah,
dia sering mengutamakan orang lain,
dia lebih suka melihat kebahagian orang lain,
dia begitu istimewa..
gayanya begitu polos,
ramai akan tertarik kepadanya,
kasih ku padanya begitu mendalam,
ku hanya mampu mendoakan kebahagian dirinya....

ingin menduga tetapi ku yg terluka



jauh fikiranku melayang,
diterbangkan bersama angin,
sukar sungguh tok ku melayangkan, 
rasa perit yg mencengkam hati...


angin malam tidak mendinginkan ku,
kerna kegusaran di hati lebih menghangatkan,
kerana terlalu berani menduga,
akhirnya ku yang kesakitan...

diamnya membuatku menderita,
diamnya membuatku sengsara,
diamnya membuatku gusar,
akhirnya ku yg merasa peritnya...

tiada kata seindah tutur bicaranya,
tiada senyuman yg mampu memberikan ku kekuatan,
bila semuanya tiada lagi,
aku seperti kehilangan sesuatu yg begitu bernilai...

sakit sungguh rasanya,
tidak ku ingin berlaku lagi,
ku sedar akan kesilapanku,
ku juga tidak bersedia tok semua ini.....

Rabu, April 20, 2011

hari bersamanya....



Sheila On 7 – Hari Bersamanya
Hari telah terganti
Tak bisa ku hindari
Tibalah saat ini bertemu dengannya
Jantungku berdegup cepat
Kaki bergetar hebat
Akankah aku ulangi merusak harinya
[*]
Mohon Tuhan
Untuk kali ini saja
Beri aku kekuatan
‘tuk menatap matanya
[**]
Mohon Tuhan
Untuk kali ini saja
Lancarkanlah hariku
Hariku bersamanya
Hariku bersamanya
Kau tahu betapa aku
Lemah dihadapannya
Kau tahu berapa lama
Aku mendambakannya
Back to [*][**]
Tuhan tolonglah (beri kesempatan)
Tuhan tolonglah (beri kesempatan)
Back to [*][**]
Hariku bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
http://akhza.com/liriklagu
Tuhan tolonglah
Hari bersamanya
Tuhan tolonglah
Hari bersamanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...